Friday, January 28, 2011

Rahsia enset di waktu genting


PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU (DAN KINI AKAN TAHU) TENTANG TELEFON BIMBIT.


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh
membantu di kala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda
lakukan, antaranya:-


1) NOMBOR KECEMASAN (APABILA TIADA LIPUTAN).

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon
adalah "
112". Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan
untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor
kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan
lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon
bimbit anda dikunci (Keypad Lock).


2) KERETA TERKUNCI.

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta
anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk
mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan
risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan
system penggera (alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang
berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang
telefon bimbit anda dari jarak kira-kira
30cm (satu kaki/12 inci) dari kereta
yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat
"ON"
pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan
pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia
boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda
berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau
meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan
telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana
beberapa orang telah mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI.

- Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan
bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai
fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit
anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan
penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan
dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci "*3370#".
Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan
memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50%.
Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas
telefon bimbit anda.

*maklumat tambahan

*3370# bukan menambahkan extra bateri bila telefon kehabisan bateri

*3370# Activate Enhanced Full Rate Codec (EFR)
apabila diaktifkan telefon anda akan menggunakan the best sound quality tetapi talk time berkurang lebih kurang 5%, maknanya bateri cepat habis
#3370# Deactivate Enhanced Full Rate Codec (EFR) - untuk deactivate-kan semula

manakala
*4720# Activate Half Rate Codec - dimana apabila diaktifkan telefon anda akan menggunakan lower quality sound tetapi anda dapat bercakap 30% lebih lama, maknanya bateri lambat habis
*#4720# Deactivate Half Rate Codec - untuk deactivate-kan semula

tiada istilah bateri tersembunyi, cuma yang ada istilah penjimatan bateri dengan mengubah sound quality

tapi macam mane nak guna..tekan2 tak jadi apa2 pun..atau semuanya mitos semata2
sebab dia cakap tekan *3370# it will automatically restart the phone
tp yg test kat nokia 3230 tak jadi apa2 pun ..mungkin EFR tak support semua model nokia
yang jadi *#0000# displays your phones software version dengan *#06# for checking the International Mobile Equipment Identity (IMEI Number)

4) TELEFON KENA CURI.

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan
ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di
telefon bimbit anda, sila dail "
*#06#" dan 15 digit nombor siri telefon
bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap
telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat
Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis
telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka
kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa
sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah
ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit
tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas
hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

5)tekan
*#0000# utk nokia sj, nk tgk product etc, supaya kodai henset tak kencing

by: riadz_rcx

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...